Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 11th, 2010:

Kita Sentiasa Berlawan Dengan Diri Sendiri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sesungguhnya dengan mengingati ALLAh, hati kan menjadi tenang.

Hidup dalam arus dunia sekarang sangat mencabar. Penuh pancaroba. Tipu daya, kekejaman sudah sebati dengan dunia. Ketika bimbang dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang, namun ada satu perkara yang membuatkan hati sangat risau memikirkannya. Iaitu tingkah laku manusia yang sudah hilang sifat ketulenan bagi seorang manusia.

Sentiasa Berlawan Dengan Diri Sendiri. Anda rasa kenapa?

Manusia itu asalnya punya hati yang sangat bersih. Tetapi oleh kerana kawalan nafsu yang tidak ketat, ditambah dengan hasutan syaitan, maka manusia sering tewas terhadap fitrahnya sendiri.

Siapa yang tidak pernah tewas? Semua orang pernah. Namun kuatnya manusia itu bila dia bangun kembali dari ketewasan itu dan mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.

Persoalannya, kitakah manusia yang bangun kembali itu? Senyum.

(more…)