Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 3rd, 2010:

Tersenyum Menatap Masa Depan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pandangannya mata itu selalu memberi 1000 makna. Saya suka menatapnya. =)

Hari ini, saya tersenyum memikirkan masa depan saya. Sudah tentu yang positif sahaja. Tinggi cita-cita saya, namun belum tahu lagi akan tercapai atau tidak. Tapi saya tetap ingin senyum apabila memikirkan kejayaan saya jika diizinkan oleh ALLAh SWT. Saya ingin tanam dan membuahkan cita-ciat saya.

Pelik? Tidak.

Orang yang hebat itu ialah orang yang selalu berfikir akan kejayaannya dimasa hadapan. Begitu juga, orang Muslim yang sebenar-benar Muslim itu harus memikirkan kejayaan Islam di muka bumi. Kerana apa? Kerana, janji ALLAh, Islam itu pasti akan menapaki dunia di akhir zaman.

Berfikir akan kejayaan dimasa hadapan bukan suatu kesombongan, melainkan satu lonjakan semangat. Jika ada orang sombong kerana kejayaan yang dimilikinya, maka dia bukan siapa-siapa di dunia ini. Sesombong-sombong dirinya, ALLAh lagi Maha Sombong!

(more…)