Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September 27th, 2010:

Hari Ini Saya Ada Temu Janji

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tersenyum saya melihat gambar ni. Andainya gigi saya berlari macam ni, kan comel. Hehe.

Hati saya rindu untuk berjalan-jalan di blog sahabat-sahabat yang lain. Tetapi oleh kerana kelembapan Celcom Broadband, hendak loading satu blog pun memakan masa beberapa minit. Maka saya kira, saya tangguh dululah. Maaf ya sahabat sekalian. InshaALLah, akan mengutip mutiara ilmu di blog kalian selepas masalah internet selesai.

Terima kasih kepada pengunjung setia Cinta Ilahi.

(more…)

Kisah 3 Orang Lelaki Yang Diadili

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Keikhlasan tidak boleh dipisahkan dengan segala kerja yang dilakukan. Tanpa keikhlasan, segala kerja yang dilakukan, pasti menjadi seperti debu yang berterbangan.

Sekali lagi, saya suka untuk berkongsi cerita yang biasa-biasa. Dan mungkin ada diantara para sahabat yang sudah maklum atau sudah membacanya. Cerita biasa berkaitan dengan kehidupan kita, namun natijah akibatnya, amat luar biasa hatta ia dipandang sebagai suatu yang mulia.

Nak tahu? Bacalah..

Diakhir cerita ni nanti, anda nilailah sendiri.

(more…)

Bina Keyakinan Terhadap Pertolongan Allah SWT

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Berjalanlah dimuka bumi dengan penuh keyakinan akan pertolongan dari ALLAh~

Setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang diusahakan, dan apabila berjaya.. Ramai sekali orang menyangka kejayaan yang diperolehi itu adalah semata-mata kerana usaha dirinya sendiri. Memang betul.

Dan betapa ramai juga yang sudah berusaha bersungguh-sungguh namun natijahnya, dirinya berhadapan dengan kegagalan. Dan mulalah jiwanya berbisik, ALLAh tidak pernah memberi pertolongan.

Aneh. Bila berjaya, ia mengatakan itu kerana hasil usahanya semata-mata. Bila gagal, baru ia ingin merasa akan pertolongan ALLAh. Sedangkan, ALLAh itu ada setiap masa!

Tidak yakin dengan pertolongan ALLAh~?

(more…)