Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September 5th, 2010:

Pandanglah Dengan Mata Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Kenapakah~?

Berhadapan dengan pelbagai jenis orang memang sudah lumrah dalam kehidupan. Ada orang berilmu, tetapi melakukan perbuatan seperti orang yang otaknya tidak terisi dengan ilmu. Ada orang kurang berilmu, tetapi sentiasa cintakan kebaikan. Dan begitulah putaran hidup seterusnya dalam kehidupan manusia di dunia ini.

Jangan disangka orang yang sentiasa tegar membuat zalim terhadap diri sendiri dan kepada ALLAh SWT itu adalah orang yang tidak mengetahui. Dan jangan disangka pula orang yang sentiasa hatinya inginkan kebaikan tahu banyak sepertimana orang yang berilmu tadi.

Indah percaturan hidup yang ALLAh sediakan. Dia jadikan seseorang itu ada kelemahan, agar boleh ditutupi kelemahan itu oleh orang-orang yang ada kelebihan. Semua ni perkara biasa bagi hidup manusia. Kenapa kita diciptakan berlainan bangsa, negara dan tempat asal? Sebab salah satunya ALLAH nak kita semua saling melengkapi..

Kadang-kadang ada yang tidak tahu atau mungkin terlupa, maka tugas individu yang ingat adalah untuk mengingatkan. Tetapi apa yang menghairankan adalah si individu yang ingat dan tahu bukan mengingatkan, malah melaknat atau yang sama waktu dengannya.

Kasihan, bukan?

(more…)