Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August 17th, 2010:

Tangisan Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si ibu. Hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta penat yang telah berjuang dengan maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis airmata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Airmata seorang manusia hanyalah ibarat air kotor dilimpah. Namun airmata kerana takut kepada Allah swt persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak menitiskan airmata demi Allah swt dan RasulNya. Bukan kerana harta dan kedudukan.

(more…)