Spongebob Dan Patrick

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Hari ini hari minggu bersamaan dengan 1hb Ogos 2010. Kawan-kawan semua macam mana? Sihat? Sudah bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu yang sangat istimewa setiap sekali setahun? Sudah pasang gear berapakah kita semua? Harap-harapnya tinggal pecut sajalah, kan.

Oh. Hari ni seperti biasa selepas sarapan pagi saya layan tv sekejap. Selalunya, rancangan pilihan saya adalah kartun/komik/anime dan yang sama waktu dengannya. Tukar punya tukar rancangan, akhirnya rancangan Spongebob pun ditayangkan.

Sebelum itu, kalau rasa post ini tidak bermanfaat. Don’t read.

Dalam menonton kelakuan Spongebob yang tersangatlah memang kartun. Saya tertarik dengan sedikit pengorbanan dan kesungguhannya terhadap sahabatnya, Patrick. Sesiapa yang pernah tengok cerita Spongebob ni, maka akan sedia maklum dengan pe’el si Patrick yang agak tak bersih sedikit berbanding Spongebob.

Continue reading “Spongebob Dan Patrick”