Salam ‘Alaikum~

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Apa khabar iman dan jasad kalian? Agak kelamaan saya tak update blog. Alhamdulillah.. ALLAh izinkan saya bermusafir selama 3 hari. Mohon maaf kepada rakan-rakan bloggers, tidak sempat untuk berkunjung ke teratak indah anda. InshaALLAH akan berkunjung.

Saya cuma hendak katakan, saya bersyukur dengan hidup ini.

Harap kawan-kawan semua juga begitu. Hargai semua orang yang ada disekeliling yang mengasihi anda serta yang anda kasihi. Hidup ini milik semua orang.

Semoga ALLAH merahmati.

Kerana Mereka Juga Manusia..

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Sudah menjadi isi dan kulit zaman sekarang ini apabila masyarakat menyebut remaja, maka terbayang kerosakan akhlak dan sahsiah. Dan bila disebut kerosakan moral dan hilangnya harga diri, maka remaja juga akan tergambar di benak setiap masyarakat yang memandang penuh egois.

Saya seorang yang masih dalam lingkungan remaja. Apa perasaan saya apabila remaja yang ada dalam diri saya ini diperkatakan dengan buruk sekali orang masyarakat yang ‘baik’? Terluka? Iya, lukanya terasa sampai ke hati. Mana mungkin saya tidak terasa apabila seangkatan saya dihukum oleh penghukum-penghukum dunia yang sangat ‘baik’? Menghukum tanpa menasihati terlebih dahulu adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan bagi saya. Hatta dalam Islam sekali pun, membagi pengajaran kepada orang yang berbuat kesalahan adalah selepas dinasihati setelah berperingkat-peringkat.

Hati saya terguris, pedih.

Jiwa remaja saya berkata.. Mereka menghukum tanpa menghulurkan tangan terlebih dahulu.

Sakit~? Sangat sakit!

Continue reading “Kerana Mereka Juga Manusia..”

[Novel] Tahajud Cinta Nisa (U)

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Khalifah Khairunnisa

Kawan-kawan, siapa sudah pernah membaca Novel Tahajud Cinta Nisa, sila angkat hidung! Hehe. Jangan tanya saya macam mana angkat hidung tinggi-tinggi, anda boleh pergi tanya adik-adik anda.

Novel ini sebenarnya sudah saya khatami beberapa minggu lepas. Jadi, jalan ceritanya yang sangat tepat agak kabur sudah untuk saya hafal. Tapi inshaALLAh, masih ingatlah. Apa saja kekurangan pada ulasan saya mengenai novel ini, harap dimaafkan. Kerana apabila kita membaca sebuah buku, mungkin fokus kita terhadap isi-isi di dalamnya tidak sama. Maka lahirlah keunikan, yakni perbezaan pendapat dan pandangan.

Sinopsis 😛

Continue reading “[Novel] Tahajud Cinta Nisa (U)”