Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 16th, 2010:

Senyum Laju-Laju

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Pertama-tama sekali, terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang datang bertandang ke blog ini. Selamat datang! Welcome! Ahlan Wasahlan! Sangat menghargai kedatangan anda. Andai saja web ini ialah rumah saya, maka akan saya jemput anda semua menjamu selera. Heh.

Sedikit rasa sibuk sekarang kerana ingin membantu perniagaan Abah sikit. Kena susun aturlah jawabnya sekarang ni. InshaAllah, akan cuba yang termampu dan tahu.

Saya sedang mencari design cantik untuk kad bisnes dan juga barang-barang lain. Jika kawan-kawan boleh cadangkan di mana nak buat online kad bisnes yang cantik atau cool, mohon beritahulah kepada saya, ya. Sedang tercari-cari.

Korang, senyumlah laju-laju seperti kucing dalam gambar kat atas. Senyum sokmo ya. Gembirakan hidup. 😀

Masa ni, boleh penuhkan, inshaALLAH.
Terima kasih neh~

Semoga ALLAH merahmati.