Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 10th, 2010:

Tentang Cinta

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Cinta Itu Love ^^

Bicara soal cinta.. Sesuatu yang semua orang tahu dan pandai. Semua maklum, cinta ialah suatu perasaan yang sangat membahagiakan si empunya diri. ALLAH izinkan, cinta juga memberi impak besar dalam kehidupan seseorang.

Dengan cinta, manusia boleh berjaya. Dengan cinta juga, manusia boleh kecundang. Kejayaan cinta itu bergantung kepada orang yang memiliki rasa cinta terhadap sesuatu.

Lumrah dan fitrah manusia. Perasaan cinta, kasih dan sayang akan tetap ada dalam jiwa manusia. Hatta dia seorang perompak, pencuri mahupun pembunuh sekalipun. Yang berbeza adalah cara pengaliran rasa cinta tersebut.

Ada orang mencintai dunia, ada orang mencintai akhirat.

Kita yang mana?

(more…)