Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 9th, 2010:

Si Burung Merpati

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Salam hari Jumaat semua. Jadikan hari Jumaat kali ni, hari yang lebih baik dari Jumaat lepas dengan kenikmatan ibadah-ibadah yang diredhai ALLAh..

Hari ini kita boleh ambil kesempatan memuhasabah diri, merenung kembali kedhaifan diri, memaafkan orang lain dan memohon maaf. Membersihkan kembali niat yang mungkin tersasar dari landasan yang sebenar.

Memohon ampunan kepada ALLAH bagi pihak diri sendiri, ibu bapa, saudara kandung, guru-guru, sahabat-sahabat dan muslimin wal muslimat.

Jangan benci-membenci sesama sendiri. Tetapi kalau nak membenci, bencilah perbuatannya. Bukan orangnya. Hate the sin, bro! Not the sinner!

(more…)