Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 8th, 2010:

Keikhlasan Itu Merupakan Penolong

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Sambil menyiapkan kerja, saya cuba merayau di “kamutiub” untuk mendengar lagu, melepaskan tekanan agaknya. Dan saya memilih lagu daripada kumpulan Rabbani yang bertajuk Anak Soleh. Syahdu mendengar lagu tersebut.

Teringat pesanan saya kepada adik-adik mahupun kakak-kakak saya, “Hidup kat dunia, jangan lupa Mak dan Abah. Jangan lupa doa dengan ikhlas untuk mereka. Doa anak yang soleha itu merupakan bekalan buat Mak dan Abah bila masa mereka dah sampai nanti..”

Saya tidak malu mengaku airmata saya mengalir mendengar bait kata dalam lagu Anak Soleh. Pada saya, selayaknya kita sebagai anak mempunyai ciri-ciri seperti dalam lagu itu. Sentiasa ingin mengikhlaskan diri berbakti kepada kedua orang tua. Dan tidak mensia-siakan kehidupan mereka di waktu mereka tua. Kerana kitalah, sebagai anak mereka yang akan memberi saham yang baik mahupun buruk kepada mereka. Dan semua itu hanya akan diadili oleh ALLAH di padang mahsyar nanti.

Maka, apa kaitan Keikhlasan itu sebagai penolong dan doa anak yang soleh?

(more…)