Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 7th, 2010:

[Novel] Rabiatul Adawiyah PCA

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Rabiatul Adawiyah

Perindu Cinta Abadi

Buku novel yang saya beli sendiri dengan penulis buku ini, Ustaz Zahir. Telah selamat sampai ke rumah dan telah diterima sendiri oleh Abah saya. InshaAllah, berkat tu.

Masih tiada sebarang ulasan yang boleh diberikan mengenai novel ini. Sebab saya belum membacanya lagi. Tapi apa yang pasti, saya tahu saya akan puas hati apabila membaca novel yang mengisahkan tentang ulama’ sufi wanita, Rabiatul Adawiyah.

Oh ya, novel ini termasuk dalam genre Novel Sejarah Islam.

Sesiapa yang hendak membeli buku ini, boleh memesan melalui penulisnya sendiri yang begitu merendah diri. InshaAllah. Beliau akan terus memberikan respon mengenai pesanan anda. Anda boleh melawat laman blog beliau dan mengetahui maklumat di sini,

—> Ustaz Zahir | Kalam Khalifah

Kepada sahabat, tidak rugi rasanya anda melaburkan duit untuk membaca buku-buku ilmiah atau buku motivasi dan novel islamik. Kerana yang menyedut ilmu dalam buku itu adalah kita. Apalah sangat dengan duit berbanding buku, kan? Maka, perkara yang baik itu wajiblah kita sebarkan.

Semoga ALLAH merahmati.