Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 6th, 2010:

Pada Mereka Ada Semangat dan Kekuatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Sedar tidak sedar, sekarang sudah masuk bulan Julai 2010. Dan hanya beberapa bulan sahaja lagi akan menginjak ke tahun 2011. Cepat sungguh saya menghitung hari kan? Dalam menghitung hari tu, sudah semestinya saya dan anda semua setiap hari akan menempuh hidup yang baru. Kan?

Kita ini, kalau tiada dugaan yang ALLAH berikan, maka bukanlah kita manusia. Atau bahasa yang selalu kita gunakan adalah, “masalah”. Cuba kita buat kajian, hidup manusia siapakah yang tidak pernah ada masalah? Cuba, anda cari. Selepas itu kita sama-sama rancang untuk berjumpa dengan manusia tersebut. He he.

Anda ada ujian, saya dan keluarga juga seperti anda. Tapi, satu nikmat terbesar yang perlu kita syukuri adalah.. Kita ini MANUSIA.

(more…)