Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 1st, 2010:

Jelingan Waktu Solat

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Wahai ALLAh, tundukkan hatiku pada-Mu!

Kawan-kawan, anda semua pernah merasa berat segala-galanya untuk melakukan solat? Pernah menjeling dengan begitu bersahaja membiarkan masa terus berlalu? Atau mungkin pernah meninggalkan solat secara sengaja kerana ada pekerjaan yang melekakan kita? Sebagai contoh, mungkin kerana terlalu seronok online di internet.

Atau..

Mungkin pernah merasa jiwa hendak menunaikan solat, namun lambung terasa berat untuk diangkat pergi bersuci menyahut seruan azan. Anda pernah? Kalau tidak pernah, alhamdulillah. Namun di luar sana, saya percaya ada yang berpengalaman melawan perasaan nafsu sebegini.

Terasa sedih jikalau berkeadaan seperti ini.

Segalanya, mulakan dari Hati!

Saya bukan Ustaz, apatah lagi Ustazah.

Kemalasan sebegini, perlu diperiksa HATI terlebih dahulu. Hati yang sangat merendah diri kepada ALLAH tidak keberatan dengan seruan azan, dan tidak ringan dengan ajakan syaitan.

Kadang-kadang kita terlepas pandang akan masalah hati sendiri dan sedang asyik menasihatkan atau memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang lain.

Jangan terlalu menjaga orang lain, sehingga kerosakan pada diri sendiri tidak kelihatan dan akhirnya, diri bertambah parah. Sangat susah hal sebegini.

Mari sama-sama berubah!

Semoga ALLAh merahmati.