Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 27th, 2010:

Rindu akan Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Sangat merindui bulan ramadhan.

Beberapa purnama sahaja lagi, bulan ramadhan akan menampakkan segala keberkatan amal kebaikan yang akan diberikan kepada seluruh umat Islam yang hendak mengerjakan kebaikan.

Dihati ini, terasa rindu dengan kehadirannya. Rindu dengan kehadiran bulan ini tidaklah bermakna teruja untuk merindui bulan syawal agar dapat makan sepuas-puasnya selepas berpuasa selama sebulan.

Sangat-sangat berharap agar diri ini dapat melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Tuan Punya Dunia.

Harapan kepada kawan-kawan sekalian, sama-sama buat yang terbaik untuk ramadhan nanti. Jangan dipersiakan bulan itu, kerna ia bulan Ummat Nabi Muhammad. Antara kurniaan @ bonus daripada ALLAH SWT.

Wallahu’alam.

Semoga ALLAH merahmati.