Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 23rd, 2010:

Bila Kamu Kata Hairan… Atau Menyampah?

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Perasan atau tidak, semua orang pasti akan menggunakan perkataan hairan bagi menyatakan reaksi apabila melihat keadaan sekeliling. Hairan dengan isu bola, lalu isu Gaza sudah luput dari ingatan. Hairan dengan kes pembuangan bayi, tapi punca berlakunya maksiat tidak dipandang. Hairan dengan pergolakan dunia, tapi tidak memperbaiki ummah. Hairan dengan cara hidup Islam, tapi diri sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam. Hairan dengan wanita yang bertudung macam jenis, tetapi tidak mencuba untuk mendekati mereka. Hairan dengan sikap kurang ajar seorang anak, tapi langsung tidak berfikir kenapakah si anak boleh jadi macam sedemikian.

Dan hairan dengan sikap sesetengah orang yang sangat suka menjatuhkan hukum kepada orang lain. Tetapi tak pandang diri sendiri dan sekeliling terlebih dahulu.

HAIRAN itu biasa. Asalkan hairan disusuli dengan fikiran yang memikirkan penyelesaian. Tetapi menyampah itu, apa? Melahirkan rasa tidak puas hati, mengutuk dan menghukum sesetengah individu? Seolah-olah menampakkan si empunya badan ‘baikkkklah sangat’. Jangan! Tidak seharusnya orang Islam berfikiran dan berperilaku begini. Kamu manusia, mereka pun manusia. Kamu hamba ALLAh, pun mereka begitu jua. Kamu tahu, mungkin mereka tidak. Kamu tahu dan faham, mungkin mereka tahu dan kurang faham. Jadi, nampak apa perbezaan di sini? Adakah perbezaan ini boleh dijadikan sebagai tiket menandakan seseorang yang agak baik pengetahuannya meninggi diri ke atas sehingga memandang rendah dan serong orang yang lebih rendah? Tidak! Sesekali tidak!

(more…)