Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 17th, 2010:

Kita Ibarat Pinggan Pecah?

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Terasa sedikit rajin malam ni membersihkan kotak emel. Dan suka untuk saya kongsi sebuah emel yang dikirimkan oleh sahabiah mengenai pinggan. Harap maklum, artikel ini adalah copy and paste. Bukan saya yang tulis.

Kita Ibarat Pinggan?

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

(more…)