Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 16th, 2010:

Ragam Manusia…

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Pernahkah anda duduk dan memerhatikan gelagat manusia yang berjalan ke sana ke mari? Kalau pernah, mesti anda akan melihat pelbagai ragam manusia. Itulah yang saya lakukan petang tadi. Pelik bukan? Semestinya jika saya beritahu apa yang saya buat ni kepada kakak saya, sudah tentu beliau gelak sakan. Sudah tiada benda yang lagi ‘best’kah ingin diperhatikan?

Bila melihat manusia, ada yang berwajah tenang, ada yang tampak kerisauan, ada yang selamba sahaja dengan mimik muka yang biasa-biasa sambil memandang ke kiri ke kanan. Kelihatannya senang hati sahaja. Oppss! Jangan tertipu oleh pandangan mata.

Oh. Kebetulan. Petang tadi saya mengambil adik sepupu saya di rumah dia. Malam ni akan bermalam di sini. Maklum sajalah, cuti begini perlu dimanfaatkan untuk lebih mendekati sanak saudara. Dan selepas itu saya ajak dia pergi beli plastik pembalut buku. Niat, ingin membalut semua novel dan buku-buku agama yang telah dibeli agar tidak rosak. Buku itu, walaupun hanya beberapa ringgit harganya, amat bernilai bagi saya.

(more…)