Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 15th, 2010:

Jiwa Yang Koma

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Hati-hati Wahai Hati

Manusia mahu pun haiwan, jikalau kehausan, maka apa ubatnya? Sudah tentulah jawapan yang akan diberikan, “Minum airlah..”. Tetapi, jika yang sedang kehausan itu adalah JIWA. Maka apa ubatnya? Soalan ini saya tanyakan kepada diri sendiri dan beberapa orang sahabat. Jawapan yang saya inginkan, tetapi keadaan jadi terbalik. Saya pula yang memberikan jawapan. Tidak sangka, banyak juga sedang kehausan jiwa. Itu termasuk diri saya sendiri.

Anda pernah merasa jiwa kosong?

Saya, secara terus-terang pernah merasainya. Bukan sekali, malah lebih dari sekali. Semuanya berpunca dari kelalaian diri sendiri. Manusia, cepat sangat lupa dan alpa. Sudah terasa jiwa meronta ingin diisi, namun jasad tidak berbuat apa-apa untuk memenuhi permintaan jiwa itu.

Kebanyakan di antara kita, memang begitu. Sudah tahu jiwa sedang sakit, tetapi tidak bergerak untuk mencari penawarnya. Apabila sudah melarat, terluka, berdarah, bernanah.. Baru nak mencari ubatnya. Alhamdulillah, better late than never.

(more…)