Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 14th, 2010:

Roh Kita…

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Kawan-kawan, tadi ana menyelongkar blog lama. Dan ana nak post kembali kat blog ana ni artikel, renungan dan muhasabah berkaitan roh kita.

Just for info, entry kali ni adalah hasil tulisan dari kata-kata yang terkandung dalam sebuah video. Tak silap, masa tu ana kerajinan menyalin. Jadi, inilah hasilnya.. Mari sama-sama kita baca dengan mata hati. Baca dengan mata akhirat.

~~~~~~~~~~~

Roh kita asalnya ‘dekat’ dengan Allah swt. Apabila dijauhkan dari asalnya.. dia akan terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi yang asing.. sering gelisah dan mahu mengecap asal-usulnya yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya.

Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita ‘dekat’ dengan Allah swt! Jangan seksa jiwa dan hatimu.. dia merintih mahu pulang dari perantaun di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kembali ke asalnya…asalnya yang sentiasa ‘dekat’ dengan Allah swt.

(more…)