Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 11th, 2010:

Teguran Itu Adalah SAYANG

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Saya tadi, membelek-belek buku nota kecil saya yang saya bawa ke mana-mana sahaja. Apabila ada sesuatu yang berlaku di sekeliling, saya akan membebel sedikit mengenainya. Sebagai luahan, pandangan atau keluhan. Kata sepupu saya, buku itu diari sayakah? Jawapan saya, mungkin. Tetapi sepupu saya tidak berpuas hati dengan jawpan ‘MUNGKIN’ dari saya.

Saya terbelek dan mata saya melekat kat satu tajuk yang saya tulis, Teguran Itu Sebenarnya Adalah SAYANG. Menarik.. Benarkah teguran itu adalah sayang?

Kalau memang benar sayang, mengapa ada teguran yang menyakitkan hati dan ada teguran yang bernada lembut tapi cukup menyentuh hati orang yang menegur. Berbeza kan keduanya? Kalau saya ditanya, teguran jenis manakah yang saya sukai? Saya pun tak tahu. Saya terima sahaja teguran yang bernada pelbagai jenis asalkan orang yang menegur itu tidak memaki-maki atau mencarut atau yang sama waktu dengannya. Sejujurnya saya katakan, sebagai manusia biasa.. Saya akan ‘cepat panas’ jika teguran dari seseorang itu berbaur makian atau carutan atau ayat yang tidak elok didengar. Takut nanti keadaan masa itu bertukar jadi lain, si penegur tadi akan ditegur oleh yang ditegur. Hehe. Tapi, pernah saja saya dapat teguran macam tu. Makian? Sindiran? Ejekan? Oh. Banyak betul.. Tapi tak kisahlah. Kata orang, ambik saja manisnya.

(more…)