Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April 28th, 2010:

Terbitkanlah Rasa Malu Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Si Pemalu
Haiwan ni kata maluuuu! Apakah manusia tak tahu malu?
[Credit to Pak Google]

“Ana, aku malu bila berbicara dihadapan orang seperti tadi, walhal aku juga selalu kantoi dengan diri sendiri atas apa yang dilarang,” bicara seorang sahabat. Saya hanya sekadar senyum melayan luahan hatinya.

“Malu betullah bila orang melihat kita sebagai idola dan kita tidak menjaga akhlak dan melakukan maksiat. Hal macam itu bukan hanya memalukan diri sendiri, bahkan agama yang dianuti akan didakwa 100% sebagai agama yang membawa kerosakan! Besarnya dosa ya Rabbi, tidak tertanggung rasanya kalau fitnah terhadap agama itu berlaku kerana kelalaian diriku!” seorang ukhti tunduk meraup wajahnya. Saya menyentuh bahunya, dia memandang dan saya mengangguk. Dia tersenyum.

MALU

Apabila seorang wanita seorang yang menjaga budi bicara, tingkahlaku serta menjaga sifat malunya. Maka, dia akan dikatakan sebagai perempuan yang baik. Manakala apabila seorang lelaki mempunyai sifat malu yang tebal, seorang yang sentiasa menjaga akhlaknya, menjaga agamanya, menjaga lidahnya, maka dia akan diminati dalam diam oleh ramai wanita.

(more…)