[Novel] Karipap-karipap Cinta (U)

September 4th, 2010 by Ya Habibi No comments »

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Novel ini adalah sebuah novel komedi. Harap maklum!

Pernah anda terdorong bersungguh-sungguh mempelajari sesuatu masakan atau apa-apa ajalah kerana seseorang? Kerana seseorang yang anda anggap bermakna dalam hidup anda, anda sanggup buat sesuatu itu walaupun anda bukanlah tergolong dalam golongan itu. Macam lucu pula…

Okay, mari tahu tentang novel ini.

» Read more: [Novel] Karipap-karipap Cinta (U)

Elaika [Rintihan]

September 2nd, 2010 by Ya Habibi 1 comment »

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Rintihan

Ku sembahkan (rintihan) kepadaMu
Tuhan sekalian makhluk
Akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa
Wahau yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

Bila mana keras hatiku
Dan terasa sempit perjalananku
Ku jadikan rayuan (rintihan) daripadaku
Sebagai jalan untuk mengharap keampunanMu

Bila mana Engkau yang memiliki keampunan
Menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu dan keampunanMu
Adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan
Serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan
Anugerah dan nikmat itu kepadaku
[walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa]

» Read more: Elaika [Rintihan]

Munajat Seorang Hamba

September 2nd, 2010 by Ya Habibi No comments »

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Munajat Seorang Hamba kepada TUHAN nya

Di kala malam yang sunyi sepi
Sedang bani insan tenggelam
Dalam tidur dan mimpi
Musafir yang malang ini
Tersentak bangun pergi membasuh diri
Untuk menghadapMu, Tuhan

Lemah lutut berdiri di hadapanMu
Sedu-Sedan tangisku keharuan
Hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaranMu

» Read more: Munajat Seorang Hamba

Indah Bersama Gema Ramadhan

August 31st, 2010 by Ya Habibi No comments »

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah. Masih berada dalam bulan ogos untuk beberapa detik sahaja lagi. Selepas itu kita akan masuk bulan September dan bulan-bulan seterusnya jika ALLAh masih mengizinkan.

Salam kemerdekaan buat sahabat semua. Semoga merdeka dari lahiriah sehinggalah batiniah. Jangan merdeka hanya yang terlihat sahaja, tetapi pemikiran pula semakin dijajah. Aish!

Sudah. Merdeka!

» Read more: Indah Bersama Gema Ramadhan

Kisah Teladan : Susah Hendak Memuaskan Hati Manusia

August 30th, 2010 by Ya Habibi 1 comment »

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar. Manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya tetap sedap menaiki himar itu. Sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik mendengar saja kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai berkata lagi, “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan si himar itu.”

» Read more: Kisah Teladan : Susah Hendak Memuaskan Hati Manusia